Selamat datang,

Anda adalah pelanggan kami,

Kami sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang cekap teliti,

adil dan saksama kepada anda berdasarkan undang-undang sekolah dan peraturan-peraturan perpustakaan yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF

1. Membantu murid-murid ke arah pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan iaitu pembelajaran berteraskan sumber.

2. Melengkapkan murid-murid dengan kemahiran pembelajaran seumur hidup serta asas kemahiran ilmu ICT.

3. Mewujudkan masyarakat yang berfikir dengan memberi peluang kepada murid-murid untuk memiliki konsepsi tentang pengetahuan, maklumat, nilai-nilai intrinsik estetik, kebenaran dan tujuan hidup.



4. Dapat membentuk sikap bertanggungjawab, berdikari, boleh berinteraksi sesama mereka, bekerjasama, berdisiplin serta memahami alam sekitar.

5. Menambah koleksi BBM yang selari dengan keperluan semasa .

6. Dapat memupuk tabiat bacaan sukarela serta memperkayakan ilmu, nilai dan akhlak sendiri.

7. Menanamkan semangat cintakan sekolah, ingin maju serta berdaya saing untuk mengharungi zaman siber.

8. Menjayakan sistem sirkulasi bahan-bahan PSS secara digital.

9. Dapat meningkatkan minat serta kualiti penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid.

10. Memperbetulkan konsep serta persepsi warga sekolah tentang sistem pengoperasian dan fungsi PSS sebagai minda sesebuah sekolah.

Slide Show