Selamat datang,

Anda adalah pelanggan kami,

Kami sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang cekap teliti,

adil dan saksama kepada anda berdasarkan undang-undang sekolah dan peraturan-peraturan perpustakaan yang telah ditetapkan.

MISI

Membantu Pentadbiran sekolah menyediakan kemudahan pendidikan berkualiti bagi peningkatan pencapaian kurikulum dan ko-kurikulum yang cemerlang

VISI

Berupaya membentuk insan yang berinformasi dan berminda bestari kearah pembentukan warga sekolah yang berkualiti.

STRATEGI

1. Memupuk minat pelajar terhadap semua mata pelajaran khususnya mata pelajaran bahasa Inggeris dengan menambahkan kuantiti bahan bacaan.

2. Meningkatkan kualiti pengurusan serta keberkesanan perlaksanaan Program NILAM.

3. Mengadakan bengkel-bengkel penggunaan dan pengurusan Pusat Sumber serta kemahiran ICT untuk
   guru-guru serta Pengawas Pusat Sumber.

PROGRAM

Melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah peningkatan kualiti penggunaan perkhidmatan PSS.

OBJEKTIF

1. Membantu murid-murid ke arah pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan iaitu pembelajaran berteraskan sumber.

2. Melengkapkan murid-murid dengan kemahiran pembelajaran seumur hidup serta asas kemahiran ilmu ICT.

3. Mewujudkan masyarakat yang berfikir dengan memberi peluang kepada murid-murid untuk memiliki konsepsi tentang pengetahuan, maklumat, nilai-nilai intrinsik estetik, kebenaran dan tujuan hidup.

MATLAMAT

Mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria, kreatif, progresif, berinovasi, interaktif, berteknologi lagi efektif bagi melahirkan anak didik yang mantap serta seimbang pencapaiannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum di samping mampu bersaing di zaman siber ini dengan berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Slide Show